Loading...
Judul : Celin harap dikekalkan bersama Kelantan FA
link : Celin harap dikekalkan bersama Kelantan FA
Celin harap dikekalkan bersama Kelantan FA
Penyerang import Kelantan, Alessandro Celin, berharap dia terus diberi ruang bersama The Red Warriors selepas memperagakan prestasi cemerlang membantu kemenangan pasukan menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
Dihantui masalah kecederaan berulang kali, pemain dari Brazil ini bangkit membuktikan kemampuan sebenarnya.
Jaringan pertama Kelantan yang terhasil pada minit ke-18 merupakan gol sulung Celin sejak bersama pasukan pada awal musim ini.
"Saya sangat gembira kerana menjaringkan gol selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan. Ini merupakan kemenangan yang penting buat Kelantan," katanya.
Dalam masa sama, Celin mengakui dia masih belum pasti nasibnya bersama pasukan selepas pengumuman penyerang dari Gambia, Sanna Nyassi, akan menyertai Kelantan.
Namun, dia berharap pihak kejurulatihan sedia mempertimbangkan kedudukannya kerana dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
"Saya telah bekerja keras di dalam sesi latihan dan membuktikan kebolehan saya dan berharap dapat kekal bersama pasukan."
Sumber : Stadium Astro
Demikianlah Artikel Celin harap dikekalkan bersama Kelantan FA
Sekianlah artikel Celin harap dikekalkan bersama Kelantan FA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Celin harap dikekalkan bersama Kelantan FA dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/celin-harap-dikekalkan-bersama-kelantan.html
0 Response to "Celin harap dikekalkan bersama Kelantan FA"
Catat Ulasan