Loading...

BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol

Loading...
BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol
link : BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol

Baca juga


BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol


KOTA BHARU: Penyerang import baharu The Red Warriors (TRW) dari Lubnan, Abou Bakr Al-Mal tekad menghadiahkan kemenangan pertama dalam aksi sulungnya menentang Pulau Pinang, esok. 

Keyakinan bekas pemain dari kelab AC Tripoli yang juga pemain utama Lubnan, semakin membara selepas secara rasmi mengikat kontrak bersama skuad TRW, pada jendela perpindahan kedua yang bermula 15 Mei lalu. 

Pemain berkenaan yang muncul penjaring terbanyak selepas meledak 16 gol dengan 11 penampilan bersama kelab AC Tripoli musim ini mengikat kontrak selama setahun setengah bersama TRW. 

Dia akan membuat penampilan pertama apabila TRW berdepan Pulau Pinang pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, esok. 

Bagaimanapun Abou Bakr yang juga lebih dikenali sebagai Bako, masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan TRW dan meletak sasaran untuk membantu pasukan itu memenangi baki perlawanan yang bakal diharungi. 

"Saya bukan mahu meletak diri sebaris bekas penyerang berbisa TRW Mohammed Ghaddar yang berjaya menjaringkan 18 gol tetapi apa yang penting kehadiran saya untuk membantu mempertajamkan lagi serangan dan kalau boleh saya ingin menjaringkan gol pertama apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri. 

"Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pemain profesional untuk beri persembahan terbaik apabila menyertai TRW dan tidak dinafikan pasukan ini dibarisi pemain berkualiti malah ia pasti akan beri saya suntikan semangat untuk mempamerkan aksi lebih konsisten," katanya. 

Bako menyertai TRW menggantikan Mohammed Ghaddar untuk kuota import pemain Asia dan akan menggunakan jersi nombor 22 pada saingan Liga Malaysia (Liga M). 

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail menyifatkan kehadiran Bako akan menguatkan lagi jentera serangan dan membentuk kombinasi mantap dengan pemain tempatan seperti Indra Putra Mahayuddin, Khairul Izuan Rosli dan Mohammad Danial Ashraf Abdullah. 

"Saya harap Bako dapat menyesuaikan diri dalam skuad TRW secepat mungkin dan ia tidak timbul masalah kerana dia pemain profesional malah corak permainan yang pantas dan kelicikan mengawal bola serta teknik yang menarik amat sesuai dengan cara permainan TRW," katanya.

Sumber : BERITA HARIAN 


Demikianlah Artikel BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol

Sekianlah artikel BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/bako-tidak-mahu-letak-sebaris-ghaddar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BAKO Tidak Mahu Letak Sebaris Ghaddar Berjaya Menjaringkan 18 Gol"

Catat Ulasan

Loading...