Loading...

BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR

Loading...
BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR
link : BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR

Baca juga


BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR


Penyerang import baharu Kelantan,  Abou Bakr Al-Mel atau Bako, berjanji mahu membuktikan kehebatannya dengan merobek benteng pertahanan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Rabu ini.


Bako, 24, yang juga penyerang kebangsaan Lubnan, menyifatkan dirinya sudah bersedia sepenuhnya untuk mengetuai jentera serangan The Red Warriors (TRW) dan tidak menghadapi sebarang masalah menjalani latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, Zahasmi Ismail.

“Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk diturunkan (menentang Pulau Pinang) Rabu ini dan berharap urusan Sijil Perpindahan Antarabangsa  (ITC) beres tanpa ada sebarang masalah. 

“Insya-Allah, sebagai penyerang, saya akan cuba memburu jaringan pertama dalam aksi di gelanggang sendiri dan memastikan Kelantan mendapat tiga mata penuh,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran peribadinya musim ini, Bako bertekad mahu menjaringkan lebih banyak gol dan mengulangi kehebatan yang ditunjukkan Ghaddar bagi memastikan Kelantan terus menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Super musim ini. 

“Saya ingin mengulangi apa yang telah dilakukan oleh sahabat baik dan juga idola saya, Ghaddar, dalam pasukan TRW. Cukup hebat dan mampu memikat hati semua penyokong setia. 

“Insya-Allah, kalau boleh saya ingin jaringkan seberapa banyak gol dalam baki saingan musim ini. Namun, yang paling penting memastikan Kelantan mencapai kemenangan dalam setiap pertandingan. Kemenangan TRW paling utama,” katanya.

Untuk rekod, Bako telah dipekenalkan oleh Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada media minggu lalu dan hadir sebagai penyerang berbisa Liga Lubnan dengan merekodkan 16 gol daripada 20 perlawanan bersama Kelab Tripoli SC sepanjang musim ini.

Pemain yang berasal dari Tripoli ini bersetuju mengikat kontrak bersama TRW selama satu setengah tahun sehingga akhir 2018 dan diberi opsyen pilihan setahun lagi.

Sumber : STADIUM ASTRO 


Demikianlah Artikel BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR

Sekianlah artikel BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/bako-buru-gol-pertama-dan-mahu-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BAKO BURU GOL PERTAMA DAN MAHU JADI SEHEBAT GHADDAR"

Catat Ulasan

Loading...