Loading...
Judul : Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor
link : Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor
Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor
Exco Selangor dari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk meletakkan jawatan daripada kabinet negeri tersebut.
Ketika ditanya mengenai perkara tersebut hari ini, Iskandar berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai laporan berita kononnya Azmin mengarahkan semua exco Selangor dari PAS meletak jawatan susulan terbatalnya kerjasama politik antara parti itu dengan PKR.
"Tidak, tidak ada arahan apa jua," kata Iskandar ketika ditemui di luar acara mesyuarat speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri 2017 di Shah Alam, hari ini.
Ditanya mengenai kesahihan laporan The Star hari ini yang memetik Azmin menyeru tiga exco dari PAS untuk meletakkan jawatan, Iskandar berulang kali berkata, "Saya tidak tahu."
Apabila diasak jika laporanThe Star betul, beliau berkata, "Saya tidak tahu. Tetapi saya tidak menerima apa-apa (berita),".
Tambahnya, pertemuan dengan Azmin semalam adalah 'sangat baik'.
Demikianlah Artikel Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor
Sekianlah artikel Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/azmin-tak-suruh-letak-jawatan-kata-exco.html
0 Response to "Azmin Tak Suruh Letak Jawatan, Kata Exco Pas Selangor"
Catat Ulasan