Loading...

Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat

Loading...
Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat
link : Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat

Baca juga


Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ahmad Shabery Cheek. - Foto Rosdan Wahid

MARANG: Perbezaan politik bukan halangan untuk pemimpin UMNO dan PAS berkongsi pentas menyelesaikan masalah rakyat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ia terbukti apabila Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersama turun padang menyelesaikan masalah nelayan setempat.

Ahmad Shabery berkata, pimpinan atasan parti politik sudah membuktikan kepentingan rakyat di peringkat akar umbi mengatasi perbezaan politik.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa kali berada di pentas bersama Abdul Hadi atas isu Rohingya. "Memang sukar untuk merapatkan rakyat di peringkat bawahan tetapi ini menjadi kenyataan hari ini," katanya berucap pada majlis pelancaran tukun tiruan 'Rig To Reef' dan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan PETRONAS di Dataran Marang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A Latiff Awang merangkap Ketua UMNO bahagian Marang dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali. Ahmad Shabery dan Abdul Hadi menaiki bot bersama rombongan ke perairan Pulau Kapas bagi menyaksikan kerja menurunkan tukun tiruan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kerjasama Jabatan Perikanan negeri dengan PETRONAS merangkumi usaha melabuhkan tukun tiruan dari pelantar minyak terpakai di perairan perikanan negara, dikenali sebagai 'Rig to Reef'.

"Kerjasama dengan PETRONAS adalah permulaan yang baik bagi usaha meningkatkan pendapatan nelayan," katanya.





Demikianlah Artikel Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat

Sekianlah artikel Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/05/ahmad-shabery-umno-dan-pas-bergabung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...