Loading...
Judul : Zahasmi yakin ketiadaan Gomis tidak beri kesan TRW malam ini
link : Zahasmi yakin ketiadaan Gomis tidak beri kesan TRW malam ini
Zahasmi yakin ketiadaan Gomis tidak beri kesan TRW malam ini
Zahasmi yakin ketiadaan pemain tengah kreatif, Morgaro Gomis akibat penggantungan permainan tidak memberi kesan kepada persembahan TRW sebaliknya mahukan pemain yang dipilih dapat mengisi kekosongan itu dengan baik.
“Kita kehilangan Gomis malam ini tetapi saya yakin pemain yang bakal menggantikannya mampu mengawal barisan tengah dengan baik dan kurang melakukan kesilapan mudah,”katanya.
Zahasmi juga mengakui skuad kendalian Dollah Salleh berada pada kemuncak prestasi selepas membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, di Kuantan, minggu lalu.
“Saya menghormati skuad Pahang dan kejayaan mereka mengalahkan JDT dalam saingan Piala FA minggu lalu membuatkan kita perlu berhati-hati dan tidak boleh memberikan banyak ruang untuk mereka bergerak bebas.
“Tetapi dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku. Kita beraksi di gelanggang sendiri dan sudah pasti mahu memburu tiga mata biarpun tahu Pahang sebuah pasukan yang sukar ditundukkan,”katanya.
Sumber : stadiumastro
Demikianlah Artikel Zahasmi yakin ketiadaan Gomis tidak beri kesan TRW malam ini
Sekianlah artikel Zahasmi yakin ketiadaan Gomis tidak beri kesan TRW malam ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahasmi yakin ketiadaan Gomis tidak beri kesan TRW malam ini dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/zahasmi-yakin-ketiadaan-gomis-tidak.html
0 Response to "Zahasmi yakin ketiadaan Gomis tidak beri kesan TRW malam ini"
Catat Ulasan