Loading...

"Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan

Loading...
"Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan
link : "Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan

Baca juga


"Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan


“Wang bukan segala-galanya. Lagipun, Kelantan sudah menjadi rumah kedua keluarga saya,” kata pemain import berbisa Mohammed Ghaddar, 33, yang tetap dengan pendirian enggan berpindah ke pasukan lain sekalipun ditawarkan gaji lumayan lapor Metro.

Ghaddar menjelaskan, keluarganya sudah selesa di Kelantan walaupun gaji diterimanya tidak setinggi pemain import pasukan lain.

Dia berkata, isteri Zahraa, 27, dan anak Mustafa, 3, dilayan mesra penduduk negeri dan sehubungan itu tidak memikirkan untuk berpindah.

“Setakat ini belum ada mana-mana pasukan menghubungi saya.

“Tapi, jika ada sekalipun wang bukan segala-galanya kerana yang penting, kepuasan hati ketika bermain.

“Kalau bermain tidak sepenuh hati, tiada gunanya kita menyertai pasukan baru itu semata-mata hanya kerana mengejar gaji tinggi.

“Bagi saya, Kelantan tetap pilihan utama kerana pasukan ini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Akhbar ini melaporkan, ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail resah jika Ghaddar dipancing pasukan lain sebaik pintu perpindahan kedua pemain dibuka, Mei depan.

Ghaddar tidak asing dalam kalangan penyokong Kelantan kerana pernah menyarung jersi pasukan itu sebelum ini. Malah, dia pernah muncul selaku penjaring terbanyak dengan 21 gol pada 2012.

Dia juga menjadi antara pemain paling digemari peminat The Red Warriors (TRW) selain pernah mencipta sejarah bersama pasukan itu pada 2012 apabila menjulang tiga piala termasuk Piala Malaysia, FA dan Liga Super.

Setakat ini Ghaddar menjadi penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol termasuk Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mempertikaikan tindakan Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan pada pertengahan musim ketika kempen Liga Super sedang rancak berjalan.

Naib Presiden KFA Datuk Othman Aziz berkata, beliau sangat kecewa apabila Hijau Kuning yang berada pada momentum terbaik, tiba-tiba merudum disebabkan isu pelantikan Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih pasukan tiga hatrik dalam sembilan perlawanan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya akan tetap mempertahankan bekas penggempur Tripoli SC dan Al-Faisaly FC itu daripada ‘dicuri’ pasukan lain.

“Kami tidak akan sesekali melepaskan Ghaddar kerana dia satu-satunya pemain import paling berbisa pernah dimiliki Kelantan.

“Kami juga akan sentiasa memantau Ghaddar termasuk berunding dengannya sekiranya pemain itu ada menerima sebarang tawaran dalam tempoh terdekat,” katanya. kebangsaan.

“Saya sebenarnya hairan dengan tindakan Cheng Hoe. Mengapa perlu terima tawaran di tengah musim Liga Super. Sepatutnya beliau berbincang dengan pengurusan pasukan terlebih dulu sebelum membuat pengumuman peletakan jawatan.

“Mungkin tawaran gaji diterima daripada pasukan kebangsaan lebih tinggi daripada negeri. Tapi, sebagai jurulatih profesional serta anak jati Kedah, tidak elok beliau menjadikan perkara itu sebagai faktor untuk meletak jawatan.

“Jangan kerana kepentingan diri sendiri begitu mudah membuat keputusan meninggalkan pasukan kerana kesan itu sudah dapat dilihat sekarang,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 di Ibu pejabat MADA, Ampang Jajar, di sini semalam.

Beliau yang pernah menjadi pengurus pasukan Kedah ketika era kegemilangan ‘double treble’ skuad Lang Merah bagi musim 2007 dan 2008 berkata, pihak pengurusan perlu melihat keadaan itu secara menyeluruh bagi mengatasinya.

“Kita tidak mahu kerajaan negeri yang sanggup membelanjakan lebih RM20 juta untuk gaji pemain dan keperluan lain tidak mendapat pulangan sepatutnya jika prestasi dihasilkan tidak seberapa.

“Jika kalah dengan penuh melawan tidak mengapa, tapi sampai kena belasah 5-0 kepada pasukan kelab seperti T-Team ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Kedah yang kini berada di tangga ketiga Liga Super mencatat kekalahan pertama musim ini apabila tewas 5-0 kepada T-Team di Kuala Terengganu. Sebelum itu mereka seri 1-1 dengan PKNS.


Sumber : Harian Metro20 Apr 2017




# IKLAN Berminat tapi gaji tak masuk lagi?
boleh buat bayaran deposit dahulu serendah RM20 untuk book saiz, baki bayar nanti baju siap.


Whatsapp sekarang 019 - 989 2489


Demikianlah Artikel "Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan

Sekianlah artikel "Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/wang-bukan-segala-galanya-inilah-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Wang bukan segala-galanya." Inilah kata-kata Ghaddar mengenai tawaran lumayan"

Catat Ulasan

Loading...