Loading...

(VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang

Loading...
(VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang
link : (VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang

Baca juga


(VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang


(VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang
Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek berang dan kecewa dengan tindakan stesen televisyen TV3 yang menghina nama mendiang bapanya dalam satu rancangan komedi ‘Sukan Tak Sentral’ yang disiarkan malam tadi.
Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, berang apabila stesen televisyen itu menyamai bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.
“Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Bernama hari ini.
Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.
Video berdurasi 13 saat ini telah menjadi viral dan turut menimbulkan kemarahan netizen.
“Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,”katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.
Watson berkata, tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.

Beliau turut menggunakan laman Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen Tv3 itu.
” Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.” tulisnya dalam Facebooknya.

Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.
Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.
Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.
– BERNAMA & INFOKINI


Demikianlah Artikel (VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang

Sekianlah artikel (VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/video-biadap-rancangan-tv3-sukan-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang"

Catat Ulasan

Loading...