Loading...

Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri

Loading...
Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri
link : Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri

Baca juga


Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri


ENGGAN dibuai dengan kejayaan menewaskan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama suku akhir Piala FA 2017 di Kuantan baru-baru ini, Pahang sebaliknya lebih selesa memilih untuk kembali menajamkan fokus terhadap saingan Liga Super musim ini.
Ketua jurulatihnya, Dollah Salleh berkata, para pemain skuad Tok Gajah awal-awal lagi sudah mengalihkan fokus mereka terhadap aksi menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu malam ini.
“Fokus kita adalah untuk menang ke atas Kelantan. Kemenangan 3-1 ke atas JDT (suku akhir pertama Piala FA) diharap dapat menajamkan fokus Pahang untuk kembali beraksi lebih baik semasa bertemu Kelantan.
“Saya juga lihat Kelantan semakin menjadi sejak kebelakangan ini dan mahu atau tidak, kita mesti berhati-hati semasa bertemu pasukan itu di tempat mereka sendiri (malam ini),” ujar Dollah.
Sebagai rekod, Pahang pernah tewas 0-1 kepada Kelantan pada aksi Piala Malaysia di Kota Bharu pada 12 Julai tahun lalu.
Perlawanan saingan Liga Super 2016 di Kota Bharu pada 23 Julai tahun lalu pula menyaksikan Pahang sekadar terikat seri tanpa jaringan dengan Kelantan.
Berdasarkan rekod perlawanan musim lalu, Pahang yang kembali mendapat sentuhan Dollah bermula awal tahun ini dilihat memiliki kelebihan untuk mencetak kemenangan ke atas The Red Warriors.
Dollah yang pernah membimbing skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perlis dan pasukan kebangsaan bagaimanapun berharap para pemain Pahang mampu memanfaatkan pengalaman bolos satu gol pada aksi Piala FA minggu lalu.
“Satu gol (dijaringkan) JDT itu sebenarnya petanda ada kelemahan. Apabila terleka, kita akan terus (serta-merta) terima hukuman (bolos). Saya juga kurang gembira dengan situasi itu.
“Dengan pengalaman itu, saya harap selepas ini para pemain kekal fokus sepanjang 90 minit dan tidak mensia-siakan segala peluang yang ada untuk menewaskan Kelantan,” tambah Dollah.


Sumber : KOSMO!
Hakcipta terpelihara 


Demikianlah Artikel Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri

Sekianlah artikel Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/tok-gajah-tekad-mahu-hampakan-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tok Gajah tekad mahu hampakan Kelantan di halaman sendiri"

Catat Ulasan

Loading...