Loading...

“Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez

Loading...
“Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez
link : “Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez

Baca juga


“Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez


DRAMA baharu dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik.
Selepas Mario Gomez menafikan bahawa beliau menuntut gaji lebih untuk memegang jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya, kini timbul pula episod baharu berkenaan pelantikan penolong jurulatih.
Sebelum ini, jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe dikatakan menjadi pilihan Gomez untuk menjadi pembantunya mengendalikan skuad kebangsaan.
Begitupun, Gomez, 60, mendedahkan semalam bahawa beliau tidak pernah memilih Cheng Hoe sebagai pembantunya sekiranya dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya.
“Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul.
“Saya menghormati Cheng Hoe dan tidak berniat untuk mengganggu tugasnya sebagai pengendali pasukan Kedah yang kini sedang berada di puncak prestasi pada kempen Liga Super.
“Kalau saya diberi pilihan, sudah tentu saya memilih pembantu jurulatih daripada pasukan Harimau Selatan, Raul Longhi.
“Begitupun, saya tidak kisah jika digandingkan dengan Cheng Hoe kerana beliau antara jurulatih tempatan terbaik di negara ini,” jelas Gomez ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Gomez, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahukan Cheng Hoe menjadi pembantunya mengendalikan pasukan kebangsaan.
“Saya boleh berganding dengan sesiapa sahaja dan saya bersedia menerima mana-mana calon yang difikirkan sesuai,” ujarnya lagi.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Tunku Ismail tidak memaksa Cheng Hoe untuk menjadi pembantu Gomez, sebaliknya memberi kebebasan kepada pengendali berasal dari Argentina itu untuk membuat pilihan.
Masa depan Cheng Hoe, 49, menjadi tanda tanya apabila spekulasi mengaitkan beliau dengan skuad Harimau Malaya terus bertiup kencang, lebih-lebih lagi selepas jurulatih Helang Merah itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah minggu lalu.
Malah, Cheng Hoe mengakui secara terbuka bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Tunku Ismail dan Gomez bagi mengendalikan Harimau Malaya.
Foto Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki ).

Sumber: KOSMO
Hakcipta terpelihara 


Demikianlah Artikel “Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez

Sekianlah artikel “Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/saya-tidak-pernah-memilih-cheng-hoe.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul." - Gomez"

Catat Ulasan

Loading...