Loading...

Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia

Loading...
Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia
link : Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia

Baca juga


Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia


Bekas kapten skuad negara, Safiq Rahim, mengakui teruja untuk kembali menyarung jersi negara sekiranya ura-ura untuk kembali menggunakan khidmatnya bersama tiga rakan yang lain menjadi kenyataan.

Safiq menyambut baik andai ketua jurulatih skuad negara, Mario Gomez, berhasrat untuk menyenaraikan namanya selaku tulang belakang buat Harimau Malaysia.

Selepas melewati perbincangan dengan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dia tidak teragak-agak untuk menarik kembali persaraannya demi menyelamatkan maruah negara.

"Selepas apa yang diperkatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk pasukan negara, jadi saya akan bersedia untuk kembali beraksi kalau diberi kepercayaan oleh badan induk, jurulatih dan sistem yang yang baru," jelasnya.

Tegas Safiq, dia tidak pernah jemu menabur khidmat untuk skuad negara, apatah lagi ketika ini FAM berada di bawah pengurusan baru yang dijamin lebih serius dalam memastikan kejayaan skuad negara di peringkat tertinggi.

Nada yang sama juga disuarakan bekas pemain negara, Amirulhadi Zainal, yang menganggap keterbukaan Gomez kembali memberi ruang buatnya dalam pasukan kebangsaan ibarat pelawaan yang tidak boleh ditolak.

"Siapa yang dipanggil semula sudah tentu mahu kembali menyahut peluang itu," kata Amirulhadi.

Pada Julai tahun lalu, ​empat pemain JDT, S. Kunanlan, Aidil Zafuan Abdul Razak, Safiq dan Amirulhadi, mengumumkan persaraan mereka daripada skuad kebangsaan.

Pengumuman itu merencatkan persiapan skuad negara dalam saingan Piala AFF di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Sumber : Stadium Astro


Demikianlah Artikel Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia

Sekianlah artikel Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/safiq-akui-teruja-kembali-sarung-jersi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Safiq akui teruja kembali sarung jersi Harimau Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...