Loading...

Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah

Loading...
Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah
link : Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah

Baca juga


Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah

Related image
Kuala Lumpur: Bekas jurulatih kecergasan Kedah Ramon Marcote menafikan menuntut bayaran gaji tinggi sehingga menyukarkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menawarkan kontrak jurulatih baru skuad Helang Merah.
Katanya, apa yang beliau harapkan daripada KFA adalah supaya dapat memberi tempoh masa lebih lama untuk mengendalikan skuad juara Piala Malaysia itu.
“Kami sudah mengadakan perbincangan beberapa hari lalu dan sekarang saya hanya menunggu keputusan.
“Saya ada membaca laporan media Malaysia bahawa soal bayaran menjadi masalah. Itu tidak benar. Sebaliknya ia hanya membabitkan tempoh kontrak itu dan saya berharap perkara ini dapat dipersetujui bersama,” kata Marcote ketika dihubungi Arena Metro.
Keputusan jurulatih Tan Cheng Hoe meninggalkan Kedah dengan menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tugas penolong jurulatih Harimau Malaya membuatkan KFA terpaksa mencari pengganti.
Antara nama dikaitkan dengan tugas itu ialah Marcote yang kini bertugas di Jabatan Metodologi kelab terkemuka La Liga Sepanyol, Atletico Madrid.
Ketika bersama Kedah pada 2014-2015 sebagai jurulatih kecergasan, Marcote yang memiliki lesen kejurulatihan profesional Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) pernah memangku jawatan jurulatih pada peringkat suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia 2015 ketika Cheng Hoe mengikuti kursus kejurulatihan di China.
Marcote bagaimanapun enggan mendedahkan butiran kontrak beliau inginkan sebaliknya hanya mahu yang terbaik buat keluarganya dan Kedah.
“Kita akan lihat nanti. Saya cuma melakukan yang terbaik untuk mendapatkan perjanjian yang boleh memberi kebaikan kepada keluarga saya dan Kedah.
“Jika Kedah memberi tawaran yang baik, saya boleh menyelesaikan segala urusan kontrak saya dengan Atletico,” katanya.
Selain Marcote, beberapa nama besar lain turut dikaitkan dengan jawatan itu antaranya bekas jurulatih ‘double treble’ Kedah Mohd Azraai Khor Abdullah dan bekas jurulatih kebangsaan Thailand Kiatisuk Senamuang.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah

Sekianlah artikel Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/ramon-marcote-menafikan-tuntut-gaji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ramon Marcote menafikan tuntut gaji tinggi sebagai jurulatih baru Kedah"

Catat Ulasan

Loading...