Loading...

Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok

Loading...
Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok
link : Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok

Baca juga


Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok


Setelah seminggu yang penuh teka-teki, identiti bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana 1MDB daripada pemimpin Umno akan didedahkan esok.

Naib Pengerusi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan itu akan dibuat dalam sidang media pada jam 1 petang secara langsung di Facebook beliau.

“Saya akan menamakan tokoh bekas pimpinan PAS yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Datuk Seri Najib yang disiasat dalam satu sidang media pada jam 1 petang esok (Khamis, 13 April 2017) yang akan disiarkan secara #FBLive di laman Facebook saya,” katanya.

Sehari selepas itu, beliau berkata akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Rafizi minggu lepas tampil dengan dakwaan mirip yang dibuat oleh laman pendedah maklumat Sarawak Reportdan bekas naib presiden PAS yang menyertai parti lain Datuk Husam Musa.

PAS telah menafikan kesemua dakwaan di atas.

Individu itu, menurut Rafizi pernah ditegur oleh bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, termasuk kerana mahu menjadi jambatan Umno-PAS.

Najib juga menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pula membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Rafizi dalam kenyataannya hari ini berkata beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakannya itu.

Beliau sekali lagi menegaskan niatnya supaya rakyat mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan dalam negara.

“...agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil,” katanya.







Demikianlah Artikel Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok

Sekianlah artikel Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/rafizi-dedah-nama-penerima-dana-1mdb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rafizi Dedah Nama Penerima Dana 1MDB Esok"

Catat Ulasan

Loading...