Loading...

Padah jual pakej Astro tidak sah

Loading...
Padah jual pakej Astro tidak sah - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Padah jual pakej Astro tidak sah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Padah jual pakej Astro tidak sah
link : Padah jual pakej Astro tidak sah

Baca juga


Padah jual pakej Astro tidak sah

 ANTARA peralatan yang disyaki digunakan untuk penyiaran secara langsung. FOTO ihsan Polis

Kuala Lumpur: Enam ahli sindiket yang menawarkan langganan Astro secara haram ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, semalam dan hari ini.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil serbuan polis turut merampas pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk penyiaran secara langsung dan perkongsian kad kepada pelanggan mereka.
"Antaranya peralatan dirampas adalah 12 unit modem parabolic, lebih 500 unit dekoder dan kad Astro, Android Setup Box, telefon bimbit, tablet dan komputer riba.
"Siasatan mendapati sindiket menjual pakej Astro secara tidak sah kepada pelanggan dengan kos bayaran lebih murah iaitu RM150 bagi harga dekoder dan RM350 untuk langganan siaran setahun.
"Sehingga kini dipercayai lebih 30,000 pelanggan di seluruh Malaysia membuat langganan daripada sindiket ini sekaligus mengakibatkan kerugian besar kepada pihak Astro," katanya.
Acryl berkata, kesemua suspek lelaki berusia 39 hingga 53 tahun direman selama tiga hari bagi siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.
"Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang pakej langganan tidak sah sebegini kerana ia merupakan kesalahan mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel Padah jual pakej Astro tidak sah

Sekianlah artikel Padah jual pakej Astro tidak sah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Padah jual pakej Astro tidak sah dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/padah-jual-pakej-astro-tidak-sah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Padah jual pakej Astro tidak sah"

Catat Ulasan

Loading...