Loading...

Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah

Loading...
Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah
link : Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah

Baca juga


Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah



K’jaan batal khidmat PBT bagi kawasan parlimen bukan BNPublished on: 19-04-17 6:36 PM

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.

Ini adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 7 Mac.

Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman web KPKT, merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.

Abu Bakar Johar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk "penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017" yang dihadiri oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.

Dalam surat itu, beliau berkata kerajaan tempatan diarahkan untuk "membatalkan projek-projek BP 1 tahun 2017 yang telah diluluskan kepada PBT di kawasan-kawasan parlimen bukan BN”

Jelas surat itu, waran peruntukan yang telah dikeluarkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah ditarik balik.

Kerajaan tempatan juga diarahkan untuk menyenaraikan semua projek BP 1 yang diluluskan, untuk diserahkan kepada ahli parlimen BN semasa perjumpaan Noh dengan ahli parlimen BN.

Exco Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan Chow Kon Yeow mengesahkan menerima surat itu.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata beliau akan mengeluarkan surat tuntutan kepada Noh untuk menarik balik surat tersebut dalam masa tujuh hari atau beliau akan memfailkan tindakan undang-undang untuk membatalkan perintah itu.

Beliau menjangkakan lebih 20 juta orang akan terjejas kerana projek BP 1 melibatkan kemudahan asas, di 89 kerusi parlimen.

Malaysiakini telah menghubungi Noh dan Abu Bakar untuk mendapatkan ulasan mereka








Demikianlah Artikel Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah

Sekianlah artikel Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/noh-omar-arah-batal-projek-di-kawasan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah"

Catat Ulasan

Loading...