Loading...

Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi

Loading...
Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi
link : Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi

Baca juga


Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi


HARGA rumah di seluruh dunia meningkat secara purata enam peratus tahun lalu, berbanding kenaikan 4.1 peratus pada 2015, demikian menurut kaji selidik Indeks Harga Rumah Global. 

Indeks itu yang diperoleh hasil kaji selidik perunding hartanah global bebas, Knight Frank, memantau dan membandingkan prestasi pasaran kediaman di 55 negara seluruh dunia, 11 daripadanya adalah negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia. 

Kenaikan yang dicatatkan tahun lalu itu juga adalah kadar peningkatan tahunan tertinggi sejak suku pertama 2014. P

engarah Eksekutif Penyelidikan dan Perundingan Knight Frank Malaysia, Judy Ong Mei Chen, berkata di Malaysia, harga rumah meningkat 5.3 peratus pada suku keempat 2016, berbanding setahun sebelumnya. 

Katanya, ini meletakkan Malaysia di tempat ke-27 mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi dalam kalangan 55 negara yang dikaji dalam indeks berkenaan. 

Beliau berkata, indeks harga rumah di Malaysia terus berkembang, namun kadar pertumbuhannya menjadi perlahan disebabkan pelbagai langkah meredakan pasaran hartanah yang diperkenalkan kerajaan bagi membendung spekulasi. 

"Malaysia masih kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini berikutan pasaran hartanah yang stabil dan harga rumah pembeli pertama lebih rendah, yang terus menawarkan pulangan munasabah," katanya. 

Ketua Penyelidik Asia Pasifik Knight Frank Asia Pasifik, Nicholas Holt, berkata New Zealand yang juga pasaran paling mencatatkan kenaikan tertinggi di rantau ini pula menyaksikan pertumbuhan harga sederhana selepas beberapa suku tahunan mencatatkan momentum peningkatan. 

Bagaimanapun, katanya, dengan pasaran masih berhadapan kekurangan bekalan, pihaknya percaya pertumbuhan keseluruhan di rantau Asia Pasifik akan kekal positif sepanjang tahun. 

"Di Asia, pasaran paling menyerlah adalah Singapura, yang mana sedikit pelonggaran mengejutkan ke atas beberapa langkah meredakan pasaran hartanah dijangka membangkitkan minat terhadap pasaran. 

"Walaupun berada hampir di tempat terakhir carta, ramai pembeli di Singapura masih lagi dibebankan oleh duti setem tambahan pembeli dan beberapa sekatan pinjaman lain," katanya. 

Iceland menduduki tempat teratas ranking buat kali pertama sejak indeks berkenaan dibuat pada tahun 2006. Harga rumah di negara itu meningkat sebanyak 14.7 peratus secara purata tahun lalu. 

Antara faktornya ialah pengukuhan ekonomi, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu berkembang 4.9 peratus pada 2016, penurunan kadar faedah dua kali tahun lalu dan peningkatan minat pembeli asing membolehkan harga rumah meningkat mendadak berbanding hanya sembilan peratus pada 2015. 

China pula melonjak daripada kedudukan ke-43 dalam kepada ketujuh pada 2016, dengan purata harga rumah meningkat 10.8 peratus, demikian menurut Biro Perangkaan Negara China. 

Walaupun inflasi harga yang kukuh tahun lalu, arah alirannya jauh daripada seragam dan banyak bandar rayanya yang mengalami kenaikan kini menyaksikan pengenalan sekatan pinjaman baharu. Indeks Harga Rumah Global diperkenalkan pada 2006 bagi membolehkan pelabur dan pemaju memantau serta membandingkan harga hartanah kediaman seluruh dunia. 

Indeks itu dikumpulkan setiap suku tahun menggunakan statistik rasmi kerajaan atau data bank pusat, jika ada. Prestasi keseluruhan indeks diukur dengan KDNK menggunakan asas nisbah kuasa beli (PPP) dan data suku semasa bergantung kepada angka awalan sesebuah negara. 

Walaupun 10 negara teratas berubah secara radikal tahun lalu, tempat terbawah ranking masih kelihatan sama. Ukraine, Taiwan, Singapura dan Cyprus terus mencatatkan pertumbuhan harga rumah yang lemah sama ada disebabkan krisis geopolitik, kelemahan ekonomi atau langkah meredakan pasaran yang menjejaskan pertumbuhan.

Sumber :  B.HARIAN


Demikianlah Artikel Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi

Sekianlah artikel Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/malaysia-di-tangga-ke-27-dari-55-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia di tangga ke-27 dari 55 negara catat kenaikan harga rumah tertinggi"

Catat Ulasan

Loading...