Loading...

Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak

Loading...
Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak
link : Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak

Baca juga


Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak

Kuala Lumpur: Lima pasukan termasuk dua dari Liga Super kemungkinan bakal dikenakan hukuman pemotongan mata hari ini apabila Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mendedahkan pasukan terbabit masih gagal melangsaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Selepas tempoh panjang diberikan termasuk pemberian baki geran tahunan tahun lalu sebanyak RM500,000 kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana (RM250,000) oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 14 April lalu, FMLLP merasakan sudah tiba masanya untuk mereka bertindak.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam (gambar) berkata, kesemua pasukan terbabit akan menerima surat makluman pemotongan mata itu hari ini.
“Selepas tempoh pembayaran (tunggakan gaji) itu tamat hujung minggu lalu kami akan mengeluarkan surat-surat berkaitan isu ini. Sebelum ini kami tak pernah umumkan nama pasukan terbabit kerana tidak adil untuk menamakan mereka selagi tindakan tidak diambil.
“Jadi, selepas surat itu dikeluarkan esok (hari ini) kami akan membuat pengumuman rasmi terhadap pemotongan mata ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Pertama Pengelolaan Perlawanan Akhir Piala FA 2017 semalam.
Arena Metro sebelum ini melaporkan lima pasukan kemungkinan bakal dikenakan tindakan pemotongan mata kerana kedegilan melangsaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Berdasarkan rekod aduan mengenai tunggakan gaji diterima Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFAM) sebelum ini, lima pasukan bermasalah adalah Kelantan, Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kuantan FA dan Sabah FC.
Kevin berkata, pasukan yang akan dikenakan tindakan itu masih berpeluang mengemukakan rayuan.
“Sesiapa saja boleh merayu atas tindakan yang diambil. Tapi, kena lihat rayuan itu atas alasan apa kerana masa diberikan cukup panjang.
“Ini bukan masalah gaji bulan lalu atau dua bulan lalu tapi isu 2015, 2016. Setiap pasukan yang terbabit sudah menandatangani pemain baru, gaji baru. Jadi, mereka sebenarnya tidak ada alasan.
“Kita tak akan bergerak ke depan jika masalah lama tak selesai. FMLLP diminta untuk membuat perubahan dalam landskap bola sepak Malaysia, tapi sekarang apabila perubahan ingin dibuat kami dicaci dan dimaki,” katanya.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak

Sekianlah artikel Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/lima-pasukan-bakal-dikenalkan-potong.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lima pasukan bakal dikenalkan potong mata kerana gaji tertunggak"

Catat Ulasan

Loading...