Loading...
Judul : KFA sudah melepaskan Tan Cheng Hoe dan pembantu menggantikannya
link : KFA sudah melepaskan Tan Cheng Hoe dan pembantu menggantikannya
KFA sudah melepaskan Tan Cheng Hoe dan pembantu menggantikannya
Biarpun bakal berdepan Terengganu di pentas separuh akhir pertama Piala FA, esok, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membuat keputusan mengejut dengan melepaskan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, dan peranan sebagai ketua jurulatih kini digalas oleh pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff, buat sementara waktu.
Seperti tidak kena tepat pada masanya, KFA membuat keputusan berkenaan atas alasan Cheng Hoe sudah memberi notis selama sebulan untuk melepaskan tugasnya.
Menurut pengurus Lang Merah, Datuk Jeffrey Low, mereka terpaksa melepaskan Cheng Hoe memandangkan dia akan memulakan tugasannya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bulan depan.
Namun, Jeffrey yakin keputusan itu tidak menjejaskan moral pemain Kedah dan menaruh sepenuh keyakinan bahawa Nidzam Adzha mampu menggalas ketiadaan Cheng Hoe untuk membawa Kedah mara ke final Piala FA, musim ini.
"Dua hari lalu, kami telah mengadakan pertemuan dan kami tidak mahu terus menangguh hajat Tan (Cheng Hoe) lebih lama.
"Bagi kami, Tan sudah berniat untuk ke FAM.
"Jadi, adalah tidak adil untuk menangguhkan hasratnya," katanya.
Sumber : STADIUM ASTRO
Demikianlah Artikel KFA sudah melepaskan Tan Cheng Hoe dan pembantu menggantikannya
Sekianlah artikel KFA sudah melepaskan Tan Cheng Hoe dan pembantu menggantikannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KFA sudah melepaskan Tan Cheng Hoe dan pembantu menggantikannya dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/kfa-sudah-melepaskan-tan-cheng-hoe-dan.html
0 Response to "KFA sudah melepaskan Tan Cheng Hoe dan pembantu menggantikannya"
Catat Ulasan