Loading...

Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera

Loading...
Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera
link : Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera

Baca juga


Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera


Kuala Lumpur: Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) mendesak persatuan bola sepak negeri itu supaya melepaskan Tan Cheng Hoe sekarang dan segera melantik jurulatih baru demi menyelamatkan pasukan itu.
Presidennya, Nor Hasmadi Hamzah berkata, sikap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang melengah-lengahkan keputusan melepaskan Cheng Hoe tidak membawa sebarang keuntungan kepada kedua-dua pihak.
Sebaliknya ia boleh memakan diri kerana kemelut itu sedikit sebanyak mula memberi kesan kepada pasukan dalam dua perlawanan terakhir mereka. Kedah kehilangan lima mata selepas seri 1-1 dengan PKNS FC dan kalah besar 0-5 kepada T-Team, kini menduduki tangga ketiga Liga Super.
“Kami tidak nafikan kekalahan besar Kedah kepada T-Team Sabtu lalu turut dipengaruhi oleh keputusan kontroversi pengadil yang melayangkan kad merah kepada Rizal Ghazali. Tindakan itu menyebabkan pemain tidak berpuas hati dan hilang tumpuan.
“Namun, sama ada KFA sedar atau tidak, kemelut berkaitan peletakan jawatan Cheng Hoe sedikit sebanyak turut menjejaskan moral pemain hingga mereka memberi persembahan terburuk setakat ini.
“Kami sebagai penyokong yang sentiasa mengikuti perkembangan pasukan dapat melihat situasi ini. Kedah yang kami kenal bukan pasukan yang mudah menyerah kalah seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan dengan T-Team hingga dibelasah 5-0.
“Kami yakin isu Cheng Hoe sedikit sebanyak mengganggu fikiran pemain. Kami bimbang jika tidak diselesaikan segera ia akan membawa masalah lebih besar kepada pasukan,” katanya.
Menurut Hasmadi, KFA sepatutnya bersikap profesional serta menghormati pendirian Cheng Hoe untuk menyahut tawaran sebagai penolong jurulatih kebangsaan. Apatah lagi beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan serta surat pelantikan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Nak tunggu apa lagi, Cheng Hoe sudah buat keputusan, elok lepaskan beliau sekarang dan cari pengganti dengan segera. Kalau tangguh-tangguh lagi, kami bimbang boleh gugat prestasi pasukan.
“Saya difahamkan Kedah berminat untuk melantik Ramon Marcote tapi kini menemui jalan buntu kerana jurulatih itu meminta gaji di luar jangkaan. Pada saya, kalau tidak mampu, ambil saja jurulatih tempatan.
“Kita pun tidak kurang jurulatih berkaliber seperti Azraai (Khor Abdullah), (Datuk) K Rajagobal dan (Datuk) M Karathu. Apa yang penting KFA mesti menyelesaikan isu ini dengan segera sebelum terlambat,” ujar Hasmadi.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera

Sekianlah artikel Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/04/kelab-penyokong-bolasepak-kedah-kepak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPAK) desak KFA lepaskan Tan Cheng Hoe segera"

Catat Ulasan

Loading...