Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, penjaring terba­nyak Liga Super ketika ini itu akan digandingkan dengan penye­rang muda Mohd. Daniel Asyraf Abdullah untuk memastikan Kelantan membawa pulang mata penuh.
“Saya percaya kejayaan meledakkan jaringan ketika bertemu Pulau Pinang tempoh hari telah memberikan keyakinan kepada Mohd. Daniel untuk beraksi bertemu Sarawak.
“Saya mahu dia terus fokus dan beraksi dengan cemerlang kerana inilah platform untuk dia mempamerkan kehebatan sebagai seorang penyerang,” katanya.
Zahasmi memberitahu, TRW yang bertandang ke Sarawak dengan membawa misi mempertahankan rekod bersih di tempat lawan bakal menurunkan skuad sama yang membelasah Pulau Pinang 5-1 baru-baru ini.
TRW begitu cemerlang di tempat lawan setakat ini apabila me­lakar kemenangan dalam empat perlawanan.
Selepas mengharungi sepuluh perlawanan, TRW kini berada di anak tangga keenam dalam carta Liga Super dengan mengumpul 15 mata hasil lima kemenangan dan lima kekalahan.