Loading...
Judul : TMJ Dedahkan 4 Perancangan Jangka Masa Pendek termasuk kurangkan tenaga Kerja di FAM
link : TMJ Dedahkan 4 Perancangan Jangka Masa Pendek termasuk kurangkan tenaga Kerja di FAM
TMJ Dedahkan 4 Perancangan Jangka Masa Pendek termasuk kurangkan tenaga Kerja di FAM
(PART 1) Melalui sidang media bersama Tunku Ismail yang turut dihadiri oleh wartawan Mingguan Malaysia iaitu Fadhilul Izmel Ishak, Sufian Hadi Mohd. Sojak dan Mohammad Rozaidi Zulkifli.
SOALAN: "Tahniah atas pelantikan sebagai Presiden FAM yang baharu. Apakah perancangan jangka masa pendek Tunku?"
TMJ: "Perancangan jangka pendek mulai hari ini saya mahu meneliti bajet FAM secara keseluruhan organisasi dan saya perlu mengambil tahu peruntukan tersebut, berapa banyak duit yang kita ada. Itu menjadi keutamaan saya, mengambil berat terhadap bajet. Saya mahu telus terhadap bajet tentang bagaimana dan ke mana duit itu disalurkan. Itu perkara pertama.
"Kedua, saya perlu memperbaiki skuad kebangsaan sebanyak yang boleh termasuk pemilihan jurulatih, pemain, ideologi dan falsafah permainan, kaedah latihan dan teknologi untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan kebangsaan untuk jangka masa pendek dan panjang.
"Ketiga, saya mahu meningkatkan mutu pengadilan di negara ini dan kerana itu kita perlu melaksanakan teknologi terkini seterusnya mendapatkan tenaga profesional dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pengadil dengan harapan agar kita dapat meningkatkan kualiti pengadil di negara ini.
"Terakhir, terus-terang saya katakan saya mahu mengurangkan tenaga kerja di FAM kerana saya memerlukan orang yang boleh memberikan sumbangan kepada organisasi tersebut dan menjaga duit organisasi tersebut. Itu menjadi keutamaan saya sebagai Presiden dan tanggungjawab saya dan saya tidak suka membazir.
"Inilah empat perancangan serta-merta dan kita akan mengadakan perancangan seterusnya terhadap pembangunan dan seterusnya."
Klik Sambung ke part 2
Sumber : UTUSAN
Demikianlah Artikel TMJ Dedahkan 4 Perancangan Jangka Masa Pendek termasuk kurangkan tenaga Kerja di FAM
Sekianlah artikel TMJ Dedahkan 4 Perancangan Jangka Masa Pendek termasuk kurangkan tenaga Kerja di FAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TMJ Dedahkan 4 Perancangan Jangka Masa Pendek termasuk kurangkan tenaga Kerja di FAM dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/tmj-dedahkan-4-perancangan-jangka-masa.html
0 Response to "TMJ Dedahkan 4 Perancangan Jangka Masa Pendek termasuk kurangkan tenaga Kerja di FAM"
Catat Ulasan