Loading...

"Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW

Loading...
"Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW
link : "Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW

Baca juga


"Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW

Gambar : TRWFC

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) sekali lagi terpalit dengan kontroversi yang bagaikan tidak berkesudahan apabila gagal melunaskan tunggakan gaji pemain The Red Warriors (TRW) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim ini.

Sumber terdekat persatuan mendedahkan, pemain skuad pantai timur itu masih belum menerima gaji Februari sedangkan Mac sudah menghampiri penghujungnya, hari ini.

“Ada pemain terpaksa tebal muka meminjam dengan rakan dan saudara-mara semata-mata mahu menyara kehidupan, selain perlu menanggung bayaran ansuran bulanan kenderaan dan rumah mereka.

“Ingatkan isu bayaran gaji (kes bulan Januari) sudah selesai, rupa-rupanya tidak habis di situ. Kasihanlah pemain, mereka juga manusia biasa, ada anak isteri yang perlu disara,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, badan induk bola sepak negeri itu berjanji akan memasukkan tunggakan gaji pada minggu lalu, namun gagal berbuat demikian meskipun Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa sebelum itu mengumumkan suntikan dana RM2 juta bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut sumber itu, jangan terkejut sekiranya ada segelintir pemain TRW memilih untuk angkat kaki dan berhijrah ke pasukan baharu pada pintu perpindahan pemain kedua, Mei nanti sekiranya isu tunggakan gaji terus membelenggu pasukan berkenaan.

“Moral pemain nampak seperti merudum apabila tiap-tiap hari memikirkan masalah ini. Bagaimana mereka hendak terus fokus terhadap pasukan kalaulah isu gaji ini terus berlarutan sehingga akhir musim,” katanya.

Tegas sumber itu lagi, sikap pengurusan tertinggi Kafa yang berdiam diri dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian mengatasi isu tunggakan gaji itu turut membuatkan pemain berasa kecewa dan seolah-olah keringat mereka tidak dihargai.

“Bila prestasi pasukan merosot, pemain dipersalahkan, tetapi bila prestasi pasukan kembali meningkat, jadi begini pula. Orang luar (penyokong) yang tahu, fahamlah masalah ini, tetapi bagi orang yang tak tahu, mereka kritik macam-macam terhadap pasukan.

“Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong. Pengurusan seperti nak mencari kesalahan pemain. Sepatutnya mereka kena lebih bertanggungjawab bukan melakukan tindakan yang boleh memburukkan keadaan dalam pasukan, ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi wakil Kafa untuk mendapat maklum balas mengenai isu ini, namun sehingga petang semalam, pihak berkenaan gagal dihubungi.

Sumber : SINAR HARIAN


Demikianlah Artikel "Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW

Sekianlah artikel "Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/sudahlah-gaji-tak-bayar-gaji-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong." - Pemain TRW"

Catat Ulasan

Loading...