Loading...
Judul : "Sudah tiba masa laksana segera Potong Mata" - PFAM
link : "Sudah tiba masa laksana segera Potong Mata" - PFAM
"Sudah tiba masa laksana segera Potong Mata" - PFAM
KUALA LUMPUR 29 Mac - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) perlu segera melaksanakan hukuman penolakan mata kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang gagal menyelesaikan tunggakan gaji.
Izham Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Izham Ismail berkata, pihaknya menyokong tindakan itu supaya pasukan Liga-M lebih serius terhadap kebajikan pemain.
“Cadangan ini telah lama dikemukakan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan. Apabila FMLLP bersedia melaksanakan cadangan ini, pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji akan memberi komitmen untuk menyelesaikan isu ini.
“Sudah tiba masanya pelaksanaan pemotongan mata ini disegerakan sebagai langkah awal selain membawa mesej jelas bahawa isu tunggakan gaji adalah perkara serius dan mesti dibasmi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam hari ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan penolakan mata kepada enam pasukan Liga-M yang masih gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji.
Kevin berkata jumlah keseluruhan gaji tertunggak yang melibatkan dua pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Perdana hampir mencecah RM5 juta.
Sumber: UTUSAN © Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel "Sudah tiba masa laksana segera Potong Mata" - PFAM
Sekianlah artikel "Sudah tiba masa laksana segera Potong Mata" - PFAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Sudah tiba masa laksana segera Potong Mata" - PFAM dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/sudah-tiba-masa-laksana-segera-potong.html
0 Response to ""Sudah tiba masa laksana segera Potong Mata" - PFAM"
Catat Ulasan