Loading...

Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman

Loading...
Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman
link : Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman

Baca juga


Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman


Mahkamah Tinggi Melaka hari ini gempar apabila seorang orang kena tuduh (OKT) mengalami sesak nafas dan rebah di dalam kandang tertuduh dan dikejarkan ke hospital selepas mendengar keputusan hakim terhadap rayuan hukumannya atas kesalahan mencabul pekerja kafe lelaki tiga tahun lalu.

Pada 30 Mei tahun lalu, Deraman Abu Chek, 60 tahun sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Bagaimanapun, penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dibenarkan sehingga rayuan dikemukakan dan didengar oleh Mahkamah Tinggi sehingga Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid hari ini mengurangkan hukuman penjara  kepada dua minggu dan menaikkan jumlah denda menjadi RM10,000.

Setelah mendengar keputusan itu, Deraman yang juga seorang pesara kerajaan secara tiba-tiba rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Berdasarkan pertuduhan, Deraman didapati meramas kemaluan seorang lelaki berusia 26 tahun di dalam tandas lelaki aras bawah UTC Melaka sekitar jam 7.30 malam pada 19 Mac 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada anak guamnya dan menggantikannya dengan menaikkan jumlah denda kepada tertuduh.

Bagaimanapun, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Shazril Ghazali bertegas memohon mahkamah untuk mengekalkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 30 Mei 2016 lalu.

Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Siti Khadijah memutuskan hukuman penjara dua minggu dan denda RM10,000, sebelum keadaan mahkamah menjadi kecoh.








Demikianlah Artikel Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman

Sekianlah artikel Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/ramas-kemaluan-pesara-rebah-setelah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramas Kemaluan: Pesara Rebah Setelah Dengar Hukuman"

Catat Ulasan

Loading...