Loading...

PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera

Loading...
PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera
link : PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera

Baca juga


PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menuntut Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya melaksanakan segera hukuman pemotongan mata terhadap pasukan yang berdepan tunggakan gaji.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail, berkata PFAM menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan badan pengendali liga itu selain turut meminta pasukan yang terbabit supaya memberi komitmen menyelesaikan masalah ini.
Katanya, sudah tiba masanya agar tindakan itu dapat dilaksanakan meskipun ia sudah lama dikemukakan namun masih tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.
"Cadangan ini dapat disifatkan sebagai mesej yang jelas betapa isu tunggakan gaji adalah perkara yang sangat serius dan mesti dibasmi sepenuhnya.
"Ia juga adalah sebagai lambang keadilan buat pemain yang telah lama menunggu hak mereka.
"Mereka terpaksa menempuh suatu tempoh kehidupan yang sukar kerana sikap tidak serius yang ditunjukkan oleh pasukan untuk menyelesaikan isu ini," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, PFAM berharap kes tertunggak itu dapat disegerakan bagi menjaga kebajikan pemain dan memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin ke atas pasukan yang ingkar dengan arahan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Merujuk kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam yang disiarkan di The Star pada 29 Mac 2017, PFAM amat bersetuju dengan cadangan penolakan mata yang ingin dibuat dan berharap agar ia dilaksanakan secepat mungkin. 
Cadangan ini telah lama dikemukakan tetapi tidak dapat dilaksanakan dahulu kerana wujudnya kekangan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, melihat kepada perubahan positif dan kesediaan FMLLP untuk melaksanakan cadangan ini, PFAM menyambut baik dan menggesa agar pasukan-pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji tampil memberi komitmen untuk menyelesaikan isu ini.
Bagi PFAM, sudah tiba masanya pelaksanaan potongan mata ini disegerakan sebagai langkah awal selain membawa mesej jelas bahawa isu tunggakan gaji adalah perkara yang sangat serius dan mesti dibasmi sepenuhnya. Ia juga adalah sebagai lambang keadilan buat para pemain yang telah lama menunggu hak mereka dan terpaksa menempuh suatu tempoh kehidupan yang sukar kerana sikap tidak serius yang ditunjukkan oleh pasukan untuk menyelesaikan isu ini. 
Pada masa yang sama juga, PFAM berharap agar kes tertunggak di FAM dapat disegerakan bagi menjaga kebajikan pemain dan juga memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin ke atas pasukan yang ingkar dengan arahan Jawatankuasa Status FAM.
Izham Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif
PFA Malaysia
Sumber : BERITA HARIAN & PFAM


Demikianlah Artikel PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera

Sekianlah artikel PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/pfam-dedahkan-denda-yang-dikenakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PFAM dedahkan denda yang dikenakan keatas 6 pasukan yang mempunyai tunggakan gaji dengan segera"

Catat Ulasan

Loading...