Loading...

[PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri

Loading...
[PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri
link : [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri

Baca juga


[PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri



17 Mac (Bernama) -- Polis Perak belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dirancang minggu depan.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.

"Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

Menurutnya, pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Media baru-baru ini melaporkan, Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dalam laporan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

-- BERNAMA


Demikianlah Artikel [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri

Sekianlah artikel [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/perhimpunan-haram-polis-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri"

Catat Ulasan

Loading...