Loading...

PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris

Loading...
PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris
link : PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris

Baca juga


PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris


ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyahut cabaran Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat untuk berdebat mengenai dakwaan ke atas dirinya seorang ' billionaire' dan menetapkan tarikh perdebatan paling cepat ialah pada 29 Mac ini.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau sebenarnya ternanti-nanti peluang dicabar untuk berdebat terutamanya dengan Haris yang mengaku sebagai bekas Pegawai Khas Politiknya bagi mematahkan semua hujah yang dilontarkan kepadanya.

Katanya, beliau merasakan tarikh yang paling cepat adalah pada 29 Mac ini kerana perkara sebegini tidak perlu tunggu lama tetapi ia bergantung kesediaan Haris.

"Cabaran terbabit adalah peluang keemasan untuk saya kerana saya pun mahu tahu fakta mana yang dia yakin saya seorang 'billionaire'. Saya sendiri tak tahu dakwaan terbabit dan Haris dipersilakan dedahkan ia nanti.

"Buat saja di kawasan dia sendiri iaitu Pokok Sena, tidak perlu di Jerlun. Mungkin dia nak bertanding di situ maka buat di situ...jika semua kelulusan yang perlu termasuk permit ada maka 29 Mac ini paling sesuai. Tak perlulah tunggu sampai bulan puasa.

"Tuduhan terbabit membuat saya rasa bangga dengan Haris. Dedahlah sebab saya pun nak tahu maklumat mana dia dapat nanti masa hari perdebatan. Malah saya pun ada rahsia dia dan semua bos dia yang perlu didedahkan," katanya ketika ditemui di pejabat Pakatan Harapan di sini, sebentar tadi.

Hari ini, Haris mencabar Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam untuk berdebat mengenai kekayaan yang mencecah berbilion ringgit dimilikinya sehingga mampu menjadi jutawan.

Cabaran itu dilontarkan pada sidang media di rumahnya di Taman Bunga Sena, di sini dengan mencadangkan sesi debat itu diadakan sebelum bulan Ramadan iaitu bulan Mei ini yang dianjurkan di dalam Parlimen Jerlun.

Ketika ditanya sama ada debat terbabit dilakukan secara langsung, Mukhriz berkata, beliau menganggap cadangan terbabit amat bagus bagi membolehkan semua rakyat dapat mendengar dan melihat sesi pendedahan yang akan dilakukan dalam sesi perdebatan terbabit.

"Sesi perdebatan ini akan dilakukan tanpa syarat supaya semuanya berjalan lancar sekali gus banyak pendedahan boleh dilakukan," katanya.







Demikianlah Artikel PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris

Sekianlah artikel PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/panas-mukhriz-sambut-cabaran-debat-haris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PANAS: Mukhriz Sambut Cabaran Debat Haris"

Catat Ulasan

Loading...