Loading...
Judul : NASIB BAIK HUSAM DIHALAU JIKA TIDAK DEWAN JADI SARKAS
link : NASIB BAIK HUSAM DIHALAU JIKA TIDAK DEWAN JADI SARKAS
NASIB BAIK HUSAM DIHALAU JIKA TIDAK DEWAN JADI SARKAS
JIKA DEWAN UNTUK KRITIK MENGKRITIK ELOK
DEWAN DIJADIKAN WARONG KOPI
PAKAI AKAI LAAA !
-Pak Karamu-
Halau Husam undang persepsi negatif
Dr Kamarul Zaman Yusoff
KOTA BHARU - Tindakan Speaker Dewan Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob, menghalau Adun Salor, Datuk Husam Musa, semalam mengundang persepsi kurang baik terhadap kerajaan negeri itu.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan Kelantan kurang telus dan kurang berani berhadapan dengan kritikan.
"Kerajaan Kelantan perlu dilihat lebih terbuka dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja untuk memberikan apa-apa pandangan terhadap pentadbirannya," katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Speaker Dun Kelantan halau Husam]
Kamarul berkata demikian mengulas tindakan Abdullah mengusir bekas Exco itu daripada sidang dewan kerana enggan mematuhi arahan supaya tidak terus mengganggu ucapan penggulungan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob.
Padanya, biarpun pengkritik Kerajaan Kelantan mungkin mempunyai agenda politik sendiri dalam mengaturkan bila atau bagaimana kritikan dibuat, ia perlu ditangani dengan baik bagi memperlihatkan jiwa besar pemimpinnya.
"Tindakan menghalau seseorang Adun keluar dari Dewan mungkin dibuat mengikut peraturan, dan berdasarkan kepada kuasa Speaker Dun, tetapi dalam politik, persepsi jauh lebih penting daripada peraturan.
"Kita tidak perlu mempersoalkan bila atau bagaimana seseorang Adun bersuara, tetapi apa yang lebih penting ialah suara itu dihormati dan dilayani seadanya bila ia dikeluarkan.
"Walaupun memang menjadi kuasa Speaker Dun untuk menamatkan tempoh perbahasan atau memanjangkannya, tindakan memendekkannya boleh memberi persepsi Kerajaan Kelantan takut untuk berhadapan dengan kritikan," katanya.
Katanya, begitu juga memang menjadi hak pemimpin yang sedang berucap untuk tidak memberi peluang kepada Adun lain membuat pertanyaan atau meminta penjelasan, tetapi jika pencelahan dibenarkan maka persepsi terhadap kerajaan negeri akan menjadi lebih baik.
"Jika pertanyaan yang dibuat atau penjelasan yang diminta difikirkan tidak sesuai dijawab atau diberikan, sekurang-kurangnya perlu dimaklumkan kepada pihak yang cuba mencelah kenapa ia tidak sesuai.
"Bila ruang mencelah ditutup terus, ditambah pula dengan tindakan Speaker Dun mengeluarkan Adun tersebut dari dewan, maka gambaran yang kelihatan ialah seolah-olah Kerajaan Kelantan kurang telus dan mahu menyembunyikan sesuatu," katanya.
Demikianlah Artikel NASIB BAIK HUSAM DIHALAU JIKA TIDAK DEWAN JADI SARKAS
Sekianlah artikel NASIB BAIK HUSAM DIHALAU JIKA TIDAK DEWAN JADI SARKAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NASIB BAIK HUSAM DIHALAU JIKA TIDAK DEWAN JADI SARKAS dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/nasib-baik-husam-dihalau-jika-tidak.html
0 Response to "NASIB BAIK HUSAM DIHALAU JIKA TIDAK DEWAN JADI SARKAS"
Catat Ulasan