Loading...

Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat

Loading...
Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat
link : Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat

Baca juga


Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat

Anak Lelaki Jong-Nam Beri Sampel DNA Di Lokasi Rahsia - TPM
Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:14 PM
KUALA LUMPUR: Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya yang diambil di satu lokasi rahsia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar negara, namun enggan mendedahkan lokasi negara itu.

"Saya sekali lagi ingin mengesahkan mayat tersebut adalah mayat Jong-nam, DNA telah dibawa ke Malaysia dan dibuat perbandingan...memang sah Jong-nam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu muka Jong-nam dengan agen saraf VX ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing - Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam, di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac.

Ketika ditanya mengenai pengurusan mayat Jong-nam, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan seterusnya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini dilaporkan berkata keluarga mendiang Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu.

Mengulas perkara tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyemak dokumen kebenaran yang dibuat oleh keluarga mendiang melalui Kementerian Luar.

"Memang pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keputusan berdasarkan kepada permintaan berkenaan kerana kedutaan Korea Utara tidak boleh meminta untuk mayat itu dibawa pulang kecuali atas kebenaran waris mangsa," katanya. - sumber


Demikianlah Artikel Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat

Sekianlah artikel Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/mayat-jong-nam-disahkan-melalui-sampel.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mayat Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anaknya dan keluarga Jong-nam membenarkan Malaysia menguruskan mayat"

Catat Ulasan

Loading...