Loading...
Judul : Kuzain dilema membuat keputusan sama ada mewakili negara atau tidak
link : Kuzain dilema membuat keputusan sama ada mewakili negara atau tidak
Kuzain dilema membuat keputusan sama ada mewakili negara atau tidak
Kuala Lumpur: ‘Messi Amerika’ Wan Kuzain Wan Kamal masih belum pasti menyertai skuad Bawah 22 tahun negara (B-22) bagi mengharungi saingan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
Menurut ayah pemain berusia 18 tahun itu, Prof Dr Wan Kamal Napi, keputusan kini terletak di tangan Kuzain yang turut terikat dengan perjanjian dengan Universiti Akron.
“Rasanya susah sikit sebab dia sudah ada perjanjian lisan untuk bermain dengan Akron Universiti serta membantu kelab Swope Park Rangers.
“Kuzain kena buat keputusan sama ada mahu masuk universiti (Universiti Akron) atau bermain bola sepak profesional. Kalau pilih untuk belajar, dia tak boleh mewakili Malaysia ke Sukan SEA sebab melanggar peraturan NCCA (Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan).
“Tapi kalau Kuzain pilih bermain bola sepak profesional, tidak ada halangan untuk dia mewakili Malaysia,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Akhbar ini semalam melaporkan Kuzain yang cemerlang di Amerika Syarikat menjadi perhatian jurulatih skuad B-23 Datuk Ong Kim Swee untuk disenaraikan bagi menghadapi Kelayakan Piala AFC B-23 dan Sukan SEA Kuala Lumpur.
Kuzain melakar sejarah tersendiri apabila membuat kemunculan pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL) dengan membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy.
Dia yang beraksi di posisi tengah sebelum ini ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Akron pada September ini.
“Kuzain kena buat keputusan sebelum Ogos (sama ada mahu menuntut di Universiti Akron atau bergelar pemain profesional). Apapun keputusan yang dibuatnya, saya akan sokong,’’ kata Wan Kamal.
Sumber : METRO
Demikianlah Artikel Kuzain dilema membuat keputusan sama ada mewakili negara atau tidak
Sekianlah artikel Kuzain dilema membuat keputusan sama ada mewakili negara atau tidak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kuzain dilema membuat keputusan sama ada mewakili negara atau tidak dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/kuzain-dilema-membuat-keputusan-sama.html
0 Response to "Kuzain dilema membuat keputusan sama ada mewakili negara atau tidak"
Catat Ulasan