Loading...
Judul : KEPUTUSAN KERJASAMA DENGAN PKR DITENTUKAN OLEH MUKTAMAR
link : KEPUTUSAN KERJASAMA DENGAN PKR DITENTUKAN OLEH MUKTAMAR
KEPUTUSAN KERJASAMA DENGAN PKR DITENTUKAN OLEH MUKTAMAR
Akur keputusan pucuk pimpinan Pas
Sebahagian penduduk setempat yang menyertai Program Larian Amal dan Sukaneka anjuran Pas cawangan Balok Pantai di Pasti Al-Hidayah Balok Pantai, semalam.
KUANTAN – Tindakan Pas untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan parti Bersatu sudah dijangka sejak awal lagi.
Itu reaksi Timbalan Pesuruhjaya Pas, Andansura Rabu ketika diminta mengulas kenyataan dikeluarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, kelmarin.
Menurutnya, ahli Pas menyambut baik dan menghormati pendirian Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Amanah.
“Apa saja keputusan yang dibuat oleh pucuk pemimpin tertinggi parti, kita akan ikut. Ini kerana sudah menjadi pendirian kita untuk tidak bersama parti yang menentang dasar dalam perjuangan Pas.
“Jadi bila Bersatu mahu bergabung dengan Pakatan Harapan dengan bentuk satu kita hormati hak mereka (Bersatu), tapi kita tolak bentuk kerjasama dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Larian Amal dan Sukaneka anjuran Pas cawangan Balok Pantai di Pasti Al-Hidayah Balok Pantai, di sini semalam.
Seramai 120 penduduk menyertai acara larian dan sukaneka yang pertama kali diadakan di kawasan itu.
Andansura berkata, Pas tidak akan sama sekali bertolak ansur sekiranya ia membabitkan dasar diperjuangkan oleh parti Islam itu.
“Mana-mana parti tak boleh terima (dasar Pas)...kita tak akan adanya kerjasama dengan baik,” katanya.
Ditanya mengenai hubungan kerjasama antara Pas dan PKR akan diteruskan, Andansura berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dan diputuskan dalam Muktamar Pas yang dijadualkan berlangsung akhir April depan.
Menyentuh program dianjurkan itu, Andansura berkata, program sebegini bukan sahaja menyihatkan badan, malah ia dilihat mampu mengeratkan perpaduan dan silaturahim antara satu sama lain.
Katanya, penglibatan ahli masyarakat dalam pelbagai jenis sukan amat penting dalam merapatkan lagi perpaduan kaum.
“Penglibatan anggota masyarakat dalam sesuatu aktiviti sukan terbabit bukan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja tetapi ia terbuka kepada semua kaum dan menerusi aktiviti sukan yang kita sertai mampu mempertingkatkan kesihatan diri masing- masing.
“Ini penting sekali kerana dengan penglibatan semua kaum dalam sesebuah aktiviti sukan maka hubungan silaturahim kita dapat terjalin dengan lebih erat lagi dan kita dapat mengetahui kelebihan diri masing-masing menerusi sukan yang kita sertai,” katanya.
Demikianlah Artikel KEPUTUSAN KERJASAMA DENGAN PKR DITENTUKAN OLEH MUKTAMAR
Sekianlah artikel KEPUTUSAN KERJASAMA DENGAN PKR DITENTUKAN OLEH MUKTAMAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KEPUTUSAN KERJASAMA DENGAN PKR DITENTUKAN OLEH MUKTAMAR dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/keputusan-kerjasama-dengan-pkr.html
0 Response to "KEPUTUSAN KERJASAMA DENGAN PKR DITENTUKAN OLEH MUKTAMAR"
Catat Ulasan