Loading...
Judul : KEHEBATAN MELAYU BERPOLITIK
link : KEHEBATAN MELAYU BERPOLITIK
KEHEBATAN MELAYU BERPOLITIK
PERPECAHAN MELAYU DALAM BERPOLITIK.
SEKARANG SUDAH ADA 6 KUMPULAN
PARTI POLITIK MELAYU SEMENANJUNG
SETIAP MEREKA MEMPUNYAI CITA-CITA
YANG TERSENDIRI, 6 RAGAM YANG
BERADA DIKEPALA MASING-MASING
DARI PARTI MANA AGAKNYA
YANG LAYAK JADI PI EM ?
adalah janggal jika parti yang kuat
tidak diberikan sebagai ketua
DENGAR KHABAR DAP AKAN JADI
KETUA
MERDEKAAAAA !
Pak Karamu
Parti baharu Khairuddin mahu sertai Pakatan Harapan
Senator Datuk Mohd. Ezam Mohd Nor (kanan) dan Dato Seri Khairuddin Abu Hassan, bercakap kepada wartawan dalam wawancara esklusif bersama Sinar Harian dibilik mesyuarat Sinar Harian. - Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berazam ingin menjadi rakan kepada Pakatan Harapan sekiranya parti baharu yang dibentuk bersama bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Menyatakan yang itu merupakan langkah pertama diambil sekiranya partinya tertubuh, Khairudin berkata, agenda yang mahu dilaksanakan adalah untuk memantapkan Pakatan Harapan khususnya menarik seramai mungkin golongan muda untuk terus menyokong pembangkang secara konsisten, berterusan dan menyeluruh.
"Insya-ALLAH, dengan izin ALLAH sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh RoS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan 'coalition' dalam Pakatan Harapan.
"Kaedah lain untuk nak capai persefahaman serta penyatuan di antara parti-parti pembangkang amat penting. Perbagai metodologi boleh digunakan asalkan matlamat perpaduan sesama kita tercapai. Itu yang penting," katanya.
Menurutnya lagi, apa yang berlaku hari ini selaras dengan kehendak Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan pembangkang.
"Ini merupakan berita yang amat menggembirakan saya. Ini yang sepatutnya dilakukan dari awal lagi.
Kita harus perkemas serta perkuatkan kedudukan rumahtangga sendiri di samping terus berusaha berunding dengan Pas," katanya lagi.
Ezam pada 16 Mac lalu dilaporkan masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung parti baharu yang dirancang ditubuhkan bersama Khairuddin.
Namun Khairuddin berkata, parti itu ditubuhkan khusus untuk memerangi gejala rasuah yang berlaku di negara ini.
Biarpun masih di peringkat permulaan, namun parti itu mensasarkan golongan muda khususnya generasi Y bagi mengelakkan diri daripada rasuah.
Demikianlah Artikel KEHEBATAN MELAYU BERPOLITIK
Sekianlah artikel KEHEBATAN MELAYU BERPOLITIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KEHEBATAN MELAYU BERPOLITIK dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/kehebatan-melayu-berpolitik.html
0 Response to "KEHEBATAN MELAYU BERPOLITIK"
Catat Ulasan