Loading...
Judul : "JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi." - TMJ
link : "JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi." - TMJ
"JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi." - TMJ
KUALA LUMPUR 28 Mac - Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa berada di hatinya walaupun beliau kini menggalas tanggungjawab baharu sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers memberitahu, menjadi Presiden FAM bukan satu kejayaan, sebaliknya satu beban dan tanggungjawab.
Tunku Ismail yang menang tanpa bertanding dalam Kongres FAM ke-53, Sabtu lalu turut menambah, biarpun tidak pernah berhasrat untuk menjadi presiden badan bola sepak negara itu, namun beliau perlu berkorban.
“Bagi saya, pergi FAM bukan satu kejayaan tetapi ia adalah satu beban dan tanggungjawab.
“Saya tidak pernah mahu menjadi Presiden tetapi kadangkala mereka perlu berkorban untuk apa yang mereka sayang.
“Pada saya FAM adalah satu tugasan tetapi JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi.
“Dan untuk melindungi apa yang saya sayangi, saya perlu berkorban dan pengorbanan itu adalah untuk saya pergi ke FAM,” katanya dalam entri berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Sumber : UTUSAN
Demikianlah Artikel "JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi." - TMJ
Sekianlah artikel "JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi." - TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi." - TMJ dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/jdt-sentiasa-di-hati-dan-tempat-di-mana.html
0 Response to ""JDT sentiasa di hati dan tempat di mana saya sayangi." - TMJ"
Catat Ulasan