Loading...

Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno

Loading...
Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno
link : Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno

Baca juga


Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno

 Zahid Hamidi kelmarin mengesahkan bahawa kerajaan memutuskan akan membentangkan sendiri pindaan Akta 355 dalam sidang Parlimen kali ini (baca di sini)

 Sebelum ini Jamil Khir Baharom juga telah buat kenyataan yang sama jauh lebih awal lagi, iaitu hanya selang sehari sahaja selepas Hj Hadi minta tangguh pembentangan pindaan Akta RUU355 di sini.

 Tetapi yang peliknya, kenapa pula Hj Hadi macam terkejut bewak! bila Zahid Hamidi yang buat kenyataan yang sama?

 "PAS mahu melihat terlebih dahulu draf pindaan yang dicadangkan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355 yang akan dibentangkan oleh kerajaan dalam sidang Parlimen kali ini."


  Sepatutnya Hj Hadi kena sokong sahaja pindaan yang dicadangkan oleh Umno tanpa banyak soal. Tidak gerunkah nanti ditempelak Jamil Khir dan Asyraf Wajidi bahawa Hj Hadi telah keluar Islam dan mengancamnya akan ditanam dalam jirat Cina?

 Hj Hadi dan pewalak tegarnya sebelum ini berkempen suruh semua orang sokong Pindaan RUU355 yang belum lagi dibentangkan dan dibahas dan dijelaskan maksud usul berkenaan.

 Pas dengan sewenang-wenangnya telah menuduh mereka yang menentang pindaan Akta RUU 355 itu keluar Islam dan diancam akan ditanam dijirat Cina!

  Walaupun kenyataan Jamil Khir itu telah keluar pada 24 Nov 2016, adalah lebih menghairankan kerana Hj Hadi masih meneruskan kerja-kerja bodohnya dengan mengarahkan para pengikutnya yang taksub terus berkempen dengan mengadakan sembahyang hajat dan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 18 Februari 2017 lalu.

  Hj Hadi sepatutnya sudah maklum mengenainya deraf pindaan Akta355 itu kerana ianya telah dibuat melalui jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri Kelantan dan Pusat. Jadi tentunya nampak kelakar bila Hj Hadi kata nak tengok terlebih dahulu deraf tersebut!

  Apakah Hj Hadi sendiri sebenarnya, tidak tahu apa sebenarnya isi kandungan pindaan Akta 355 tersebut? Dua kali diberi peluang untuk membentangkannya, tetapi Hj Hadi sekadar mampu membacanya tanpa menghuraikannya di dewan untuk didengari dan dibahas.

 Betapa pada peringkat awalnya Hj Hadi dan gerombolan pewalaknya mendakwa private bill yg akan dibawa ini ialah hudud, lantas siapa yang menolak RUU355 dianggap menolak hukum Islam yang syumul dan tempatnya di neraka.

 Namun akhirnya baru didedahkan rupa-rupanya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah sekadar untuk menambah hukuman yang sedia ada di mahkamah syariah.

 Ianya dikemukakan bagi membolehkan hukuman dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 boleh dinaikkan sehingga 30 thn penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebat.

 Mengikut rekod, Akta 355 pernah dipinda pada tahun 1994 tanpa ada sesiapa yang bising sebab Kerajaan sendiri yang bawa untuk dipinda dan ianya tidak dipolitikkan sebagaimana yang sedang berlaku sekarang.

 Bagi Umno, peranan Hj Hadi sudah cukup sampai di peringkat terkini. Melalui Hj Hadi, Umno BN telah berjaya memperdayakannya dengan menggunakan isu RUU355 ini sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat punah lingkup, Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar menubuhkan parti baru Amanah.


  Dulu Azalina yang cadang, Maznah yang sokong dan Hj Hadi yang tukang bentang dan tukang tangguh!

 Maka sekarang segala-galanya terpulanglah kepada Umno BN hal bagaimana yang mereka mahukan bentuk pindaan Akta 355 tersebut.

 Samada Hj Hadi setuju atau menentangnya, itu tidak akan menjadi hal kepada Umno BN kerana dalam sejarah parlimen negara kita, belum pernah usul kerajaan yang dibentangkan oleh menteri ditolak.

 Memang sejak mula lagi RUU persendirian itu adalah atas arahan PM Najib dan Timbalannya, Ahmad Zahidi sebagaimana diperakukan oleh Azalina Othman. Hj Hadi hanyalah ibarat kaldai tua yang mengendung RUU355 itu ke hulu ke hilir merata ceruk negeri tapi tak pernah bagi orang melihatnya apa sebenarnya RUU355 itu. Dan kini dia sendiri pula baru nak tengok?  


Demikianlah Artikel Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno

Sekianlah artikel Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/hj-hadi-kaldai-tua-tunggangan-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno"

Catat Ulasan

Loading...