Loading...
Judul : HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK
link : HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK
HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK
'Saya belum tahu ada orang calon atau tidak'
Abdul Hadi Awang
CYBERJAYA - "Saya belum tahu, orang calonkan saya atau tidak," demikian ujar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai kesedian beliau untuk mengekalkan jawatan presiden pada Muktamar Pas tahun ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata sebarang keputusan yang akan dibuatnya bergantung kepada sokongan ahli kepadanya."Tunggu pencalonan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia di sini, hari ini.
Terdahulu, Abdul Hadi yang mengetuai kumpulan ulama pada pemilihan 2015 beroleh kemenangan besar dengan menewaskan kumpulan pencabarnya.
Pada pemilihan itu, Abdul Hadi dicabar bekas Naib Presidennya, Ahmad Awang dan kemenangan berpihak kepada Ahli Parlimen Marang itu dengan majoriti 695 undi. Abdul Hadi mendapat 928 undi, manakala pencabarnya hanya 233 undi.
Tuan Ibrahim dari kumpulan ulama juga menang besar dengan menewaskan pencabarnya, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 602 undi.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang mendapat 881 undi, manakala Mohamad atau Mat Sabu memperoleh 279 undi.
Muktamar Pas kali ke-63 akan diadakan dari 29 April hingga 1 Mei, 2017 di Alor Setar, Kedah, dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan.
Demikianlah Artikel HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK
Sekianlah artikel HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/hadi-tak-tahu-sama-ada-ia-dicalon-atau.html
0 Response to "HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK"
Catat Ulasan