Loading...
Judul : Gaji tertunggak menghantui TRW, Pemain mahu angkat kaki
link : Gaji tertunggak menghantui TRW, Pemain mahu angkat kaki
Gaji tertunggak menghantui TRW, Pemain mahu angkat kaki
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) sekali lagi terpalit dengan kontroversi yang bagaikan tidak berkesudahan apabila gagal melunaskan tunggakan gaji pemain The Red Warriors (TRW) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim ini.
Sumber terdekat persatuan mendedahkan, pemain skuad pantai timur itu masih belum menerima gaji Februari sedangkan Mac sudah menghampiri penghujungnya, hari ini.
“Ada pemain terpaksa tebal muka meminjam dengan rakan dan saudara-mara semata-mata mahu menyara kehidupan, selain perlu menanggung bayaran ansuran bulanan kenderaan dan rumah mereka.
“Ingatkan isu bayaran gaji (kes bulan Januari) sudah selesai, rupa-rupanya tidak habis di situ. Kasihanlah pemain, mereka juga manusia biasa, ada anak isteri yang perlu disara,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, badan induk bola sepak negeri itu berjanji akan memasukkan tunggakan gaji pada minggu lalu, namun gagal berbuat demikian meskipun Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa sebelum itu mengumumkan suntikan dana RM2 juta bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut sumber itu, jangan terkejut sekiranya ada segelintir pemain TRW memilih untuk angkat kaki dan berhijrah ke pasukan baharu pada pintu perpindahan pemain kedua, Mei nanti sekiranya isu tunggakan gaji terus membelenggu pasukan berkenaan.
“Moral pemain nampak seperti merudum apabila tiap-tiap hari memikirkan masalah ini. Bagaimana mereka hendak terus fokus terhadap pasukan kalaulah isu gaji ini terus berlarutan sehingga akhir musim,” katanya.
Tegas sumber itu lagi, sikap pengurusan tertinggi Kafa yang berdiam diri dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian mengatasi isu tunggakan gaji itu turut membuatkan pemain berasa kecewa dan seolah-olah keringat mereka tidak dihargai.
“Bila prestasi pasukan merosot, pemain dipersalahkan, tetapi bila prestasi pasukan kembali meningkat, jadi begini pula. Orang luar (penyokong) yang tahu, fahamlah masalah ini, tetapi bagi orang yang tak tahu, mereka kritik macam-macam terhadap pasukan.
“Sudahlah gaji tak bayar, gaji pemain pula nak kena potong. Pengurusan seperti nak mencari kesalahan pemain. Sepatutnya mereka kena lebih bertanggungjawab bukan melakukan tindakan yang boleh memburukkan keadaan dalam pasukan, ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi wakil Kafa untuk mendapat maklum balas mengenai isu ini, namun sehingga petang semalam, pihak berkenaan gagal dihubungi.
Sumber : SINAR HARIAN
Demikianlah Artikel Gaji tertunggak menghantui TRW, Pemain mahu angkat kaki
Sekianlah artikel Gaji tertunggak menghantui TRW, Pemain mahu angkat kaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gaji tertunggak menghantui TRW, Pemain mahu angkat kaki dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/gaji-tertunggak-menghantui-trw-pemain.html
0 Response to "Gaji tertunggak menghantui TRW, Pemain mahu angkat kaki"
Catat Ulasan