Loading...

Dedak Cabar Mukhriz Debat

Loading...
Dedak Cabar Mukhriz Debat - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dedak Cabar Mukhriz Debat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dedak Cabar Mukhriz Debat
link : Dedak Cabar Mukhriz Debat

Baca juga


Dedak Cabar Mukhriz Debat

Mukhriz dicabar debat mengenai kekayaan

BEKAS pegawai khas politik kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Haris Che Mat menunjukkan kenyataan media selepas mencabar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berdebat mengekeupayaan beliau menjadi jutawan dalam masa singkat ketika sidang akhbar di kediamanya di Taman Bunga Sena.

POKOK SENA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kini dicabar berdebat mengenai punca kekayaan dimilikinya yang didakwa mencecah berbilion ringgit.

Cabaran terbabit dilontarkan bekas Pegawai Khas Politiknya, Haris Che Mat, yang sedia berdebat dengan bekas Menteri Besar Kedah itu. Haris yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Pokok Sena, berkata beliau mahu sesi debat itu diadakan sebelum Ramadan ini di Parlimen Jerlun.

"Saya mencabar Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam untuk berdebat bagaimana beliau mampu menjadi seorang 'multi billionaire' dalam tempoh yang singkat.

"Saya dan orang ramai, sangat ingin tahu sama ada beliau jadi kaya atas usaha sendiri atau sebaliknya, kerana Mukhriz bukan dari keturunan datuk nenek yang hartawan.

"Majlis debat ini juga perlu diadakan sebelum Ramadan ini di Jerlun. Mukhriz cuma perlu tentukan tarikh, masa dan tempat," katanya pada sidang media di kediamannya dekat Taman Bunga Sena di sini, hari ini.

Haris berkata, sudah tiba masanya Mukhriz mendedahkan punca kekayaannya, kerana selama ini pembangkang sering mempertikaikan kemewahan dimiliki pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Adalah tidak logik bagi Mukhriz memiliki kekayaan membabitkan aset dalam dan luar negara hanya melalui warisan daripada bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kekayaan Mukhriz juga wajar dipertikaikan kerana hanya memegang jawatan politik penting dalam BN tidak sampai tempoh 10 tahun," katanya.






Demikianlah Artikel Dedak Cabar Mukhriz Debat

Sekianlah artikel Dedak Cabar Mukhriz Debat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dedak Cabar Mukhriz Debat dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/dedak-cabar-mukhriz-debat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dedak Cabar Mukhriz Debat"

Catat Ulasan

Loading...