Loading...

Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan

Loading...
Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan
link : Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan

Baca juga


Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan




Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi istilah tidak manis untuk khalayak ramai dalam satu kenyataannya pada Sabtu lalu.

"Kalau kita berhujah dengan musuh sekalipun, tidak ada keperluan menggunakan istilah-istilah yang tidak sihat. Itu pandangan saya," kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke Lima Dewan Negeri Selangor yang ke 13, di Bangunan Annexe, di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan PAS tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya manakala di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis.

Ini sekaligus mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyertai PH malah BN dalam menghadapi PRU14.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan menyertai BN laksana memikul biawak hidup walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telahpun keluar dan menyertai PH.

"Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah," kata Abdul Hadi.

Mengulas lanjut mengenai pemutusan hubungan PAS terhadap PKR di Selangor, Azmin menyifatkan ia sebahagian daripada proses demokrasi.

Jelasnya, PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti-parti politik yang dianggapnya sebagai 'sahabat'.

"Kita menghormati perbezaan tetapi tidak sampai memutuskan hubungan begitu rupa.

"Kita masih yakin dan percaya keperluan kepada satu muafakat yang utuh itu amat penting bagi menyelamatkan negara dan rakyat keseluruhannya, itu pendirian PKR," katanya.









Demikianlah Artikel Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan

Sekianlah artikel Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/biawak-hidup-azmin-tegur-hadi-supaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan"

Catat Ulasan

Loading...