Loading...

Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor

Loading...
Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor - Hallo sahabat MALAYSIA DALAM MAKLUMAT, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel info baru, Artikel kesihatan, Artikel politik, Artikel sosial, Artikel sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor
link : Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor

Baca juga


Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) meminta pemain sayap Andik Vermansyah (gambar tengah) menunjukkan komitmen untuk terus kekal bersama Merah Kuning dengan melaporkan diri bulan depan.
Pengurus pasukan Selangor Abd Rauf Ahmad menegaskan khidmat pemain Indonesia itu masih diperlukan skuad Red Giants musim ini namun dia harus melaporkan diri untuk pemeriksaan terhadap tahap kecederaan dialaminya.
“Memang kami masih memerlukan Andik tapi bergantung kepada tahap kecergasannya. Kami memintanya datang ke sini bagi menjalani pemeriksaan kecergasannya untuk mengetahui sama ada dia sudah pulih sepenuhnya.
“Setakat ini, Andik hanya memaklumkan kepada kami dia sudah pulih. Tapi kami tak nampak, jadi perlukan pengesahan menerusi pemeriksaan pegawai perubatan kita sendiri,” katanya ketika ditemui semalam.
Arena Metro sebelum ini melaporkan Andik masih mahu kekal bersama Red Giants sehingga kontraknya tamat sehingga hujung tahun ini namun spekulasi mengenai pemain itu yang kini diintai beberapa pasukan di Indonesia masih kuat diperkatakan.
Ketiadaan Andik yang berehat panjang akibat kecederaan lutut ketika beraksi dengan skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF, Disember lalu mendorong FAS membawa masuk pemain Timor Leste Juliano Mineiro Fernandes bagi melengkapkan kuota import Asia.
Mengikut perancangan awal, Andik akan kembali bersama pasukan sebaik pulih kerana Mineiro hanya mengikat kontrak sehingga Jun.
Bagaimanapun Rauf menjelaskan mereka masih belum membuat keputusan siapa pemain yang akan ditunjukkan jalan keluar bagi memberi ruang kepada Andik dengan skuad kendalian P Maniam turut memiliki dua pemain import, penyerang Victor Astafei dan pertahanan Ugo Ukah.
“Kita belum pasti sama ada Mineiro atau Astafei. Kami tidak mahu menyatakan perkara ini sekarang kerana semua pemain sedang berusaha membantu pasukan. Bagi saya semua pemain berusaha untuk mengekalkan tempat masing-masing dan persaingan ini boleh dikatakan sihat,” katanya.

Sumber : METRO


Demikianlah Artikel Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor

Sekianlah artikel Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor dengan alamat link https://malaysiadalammaklumat.blogspot.com/2017/03/andik-hanya-memaklumkan-dia-sudah-pulih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor"

Catat Ulasan

Loading...